Kehidupan awal Tunku Naquiyuddin

Tunku Naquiyuddin ialah seorang bekas diplomat dan ahli perniagaan yang aktif dengan minat yang merangkumi spektrum yang luas. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1947, di bandar diraja Seri Menanti.

Tunku Naquiyuddin belajar di Sekolah Anderson, Ipoh; Sekolah Tuanku Besar, Tampin; Junio King's School, Sturry, Kent; King's School, Canterbury; dan belajar politik antarabangsa di Kolej Universiti Wales di Aberystwyth dan lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Ekonomi dari kolej yang sama.

Beliau berkhidmat di Kementerian Luar dan telah dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Paris. Tunku Naquiyuddin kemudiannya mengetuai Antah Holdings Berhad sebagai Pengerusinya, jawatan yang disandang sehingga 2007, yang telah dikosongkan selama tempoh 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari 1994 hingga 1999.

Beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[2]

Rujukan

WikiPedia: Tunku Naquiyuddin http://theadmirehunkz.blogspot.be/2012/04/pewaris-... http://www.ahcg.com.my/about_bod_01.htm http://www.antah.com.my/spa/spabodirectors.cfm http://www.antah.com.my/spa/images/img_bodtnq.jpg http://www.perlisroyalty.gov.my/bm/kebesaran/dato.... http://www.aber.ac.uk/en/media/departmental/intern... https://www.malakattribunenews.com/2020/08/ukm-lan... https://web.archive.org/web/20121125104744/http://... https://web.archive.org/web/20130925122558/http://... https://web.archive.org/web/20131215110654/http://...